Mengikut apa yang diceritakan oleh Ahmad Suhaimi (gelaran Pak Ngah, cucu Tok Cak).
Tok Saleh asalnya adalah dari keturunan Pahlawan Aceh yang mempunyai gelaran Tok Calau. Pada masa dahulu bila ada ketegangan di Aceh, ramai pahlawan yang telah merantau dan mereka mencari sebuah pulau dan akhirnya sampai di Pulau Langkawi. Dikatakan bahawa mereka inilah yang mula meneroka tanah di Pulau Langkawi. Malah terdapat satu kawasan di Pulau Pinang yang diberi nama Tukun Tok Calau. Pak Ngah Suhaimi juga menyebut bahawa Tok Sepiah asalnya dari Brunei. Beliau juga agak kurang pasti 100% samada Tok Saleh berasal dari Aceh dan Tok Sepiah berasal dari Brunei atau sebaliknya. NOTA: Sejarah ini masih dalam perinkat kajian dan akan diedit dari masa ke semasa.
Mengikut apa yang diceritakan oleh salah seorang cucu Tok Chu
Beliau mendengar dari Long Liah, kisah mengenai Tok Sepiah. Tok Sepiah adalah dari keturunan bangsawan Negara Brunei iaitu dari isteri pertama sultan brunei. Apabila isteri kedua sultan brunei mengambil kuasa maka isteri pertama telah melarikan diri dan sampai ke Pulau Langkawi.
Nota 1:
Jika ada yang membaca blog ini (terutama dari ahli keluarga) sila masukkan komen atau emel saya supaya dapat kita masukkan sebagai kisah sejarah keluarga Tok Saleh dan Tok Sepiah. Untuk makluman kita tidak ada tarikh sebagai rujukan. Sebab saya dari generasi Tok Basiah, anak sulung Tok Basiah iaitu Cik Aminah Itam lahir pada 20 Okt 1918, jadi saya anggarkan bahawa Tok Basiah mungkin lahir pada tahun 1900 - 1902. Oleh kerana Tok Basiah adalah anak ke-4, maka dianggarkan Tok Saleh mungkin 1860 - 1970.
Nota 2:
Setelah dirujuk di link ini http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Aceh
Kejatuhan Aceh
Kejatuhan bermula selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani pada tahun 1641. Penganti beliau selepas itu adalah beberapa raja permaisuri yang lemah. Malahan, negeri-negeri naungan Aceh mula menetang Aceh dan membebaskan diri mereka. Belanda mula mara di Sumatera, menguasai satu demi satu negeri-negeri di Sumatera. Pada 1873, tercetuslah Perang Aceh, sebuah peperangan antara Kesultanan Aceh dengan Belanda. Pada tahun 1874, Sultan Aceh terakhir, Sultan Mahmud Syah, melarikan diri ke pergunungan sekaligus mengakhiri kesultanan Aceh.