Monday, November 29, 2010

Perjalanan Generasi Tok Basiah (19 Nov 2010)

Kami dari Generasi Tok Basiah memulakan perjalanan pada hari Jumaat 19 Nov dengan menaiki bot dari Kuala Perlis ke Langkawi pada 10:30 pagi. Sebanyak 38 tiket telah dibeli. Ada di antara kami datang dari Kuala Lumpur, Alor Setar, Jitra dan Kangar. Kebetulan pada masa itu juga keluarga dari Generasi Tok Cak ada sama iaitu Ahmad Suhaimi dan keluarga dari Pulau Pinang.






Lagi gambar di sini

Perjalanan dengan feri dari Kuala Perlis ke P Langkawi mengambil masa lebih kurang 45 min - 1 jam. Sesampainya di Jeti Kuah kami terus mengambil teksi dan pergi ke hotel.

Kami tiba di Langkawi Seaview Hotel, Jalan Penarak, Kuah, Langkawi dan melihat pekerja hotel sedang menaikkan banner mengenai perhimpunan kami. Selepas check-in dan mengambil goody bag dari meja pendaftaran kami letak beg dibilik hotel dan mula mencari kat mana nak lunch. Selepas makan tengah hari, apa lagi mulalah aktiviti pertama iaitu shopping. Kebanyakkannya kami beli coklat aje.

Sunday, November 28, 2010

Berita Perhimpunan

Alhamdulillah, perhimpunan telah selesai dijalankan. Berita mengenai perhimpunan telah disiar di Berita RTM1 jam 1 tgh 21 Nov 2010 dan disiar di Sinar Harian Edisi Utara pada 22 Nov 2010.

Menurut Timbalan Pengerusi Aktiviti, Mejar (B) Hj Hussein Ahmad, ide untuk mengadakan perhimpunan ini adalah ide bersama dengan Tn Hj Ahmad Ayub. Ianya bermula apabila anak Tn Hj Ahmad nak bersalin di Pusat Rawatan Mahsuri dan doktor yang merawatnya ialah Dr Annuar Husainy. Dari situ kemudiannya barulah diketahui bahawa doktor yang merawatnya adalah bersaudara (iaitu anak Mejar (B) Hj Hussein Ahmad). Selepas itu bermulalah perbincangan, penubuhan satu jawatankuasa bertindak disusuli dengan 10X mesyuarat yang diadakan berselang seli di Jitra dan Langkawi. Akhirnya pada hari yang ditetapkan program ini telah berjaya mengumpul lebih dari 200 ahli keluarga yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia dan yang paling jauh ialah dari Australia.


Selain daripada itu, program korban juga dilaksanakan di mana ianya diuruskan oleh En Faizan Ayub. Sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan dan daging nya diagihkan kepada orang miskin dan selebihnya dibuat untuk kenduri pada hari kedua perhimpunan. Sumbangan wang juga diberikan oleh YB Hj Ahmad bin Kassim, Ahli Parlimen Kuala Kedah yang juga dari generasi Tok Chu Aishah dan dari ahli keluarga Hussein Itam. YB Hj Ahmad tidak dapat hadir sebab beliau berada di Mekah menunaikan fardhu haji.

Selepas perjumpaan ramai yang mula berkomunikasi melalui facebook. Ada ahli keluarga telahpun muat naik gambar-gambar di facebook masing-masing. Saya akan muatkan gambar-gambar tersebut di blog ini (dengan izin).

Monday, November 15, 2010

Gambar 3 Tok

Di sertakan gambar sumbangan dari Sdr Suhaimi


Dari kiri: Tok Chu, tak dapat kenal pasti, Tok Cak dan Tok Basiah.
Di belakang ialah Mak Suhami

Perhimpunan Keluarga Tok Salleh dan Tok Sepiah

Ahli keluarga Allahyarham Tok Saleh dan Tok Sepiah adalah dijemput menghadiri perhimpunan pertama
Pada:
19 Nov 2010 hingga 21 Nov 2010
Bersamaan
13 Zulhijjah ingga 15 Zulhijjah
Bertempat di
Kampung Bendang Baru
07000, Kuah Langkawi.

ATURCARA MAJLIS

19 Nov 2010 (Jumaat)

12:00 tgh: Pendaftaran Penginapan di
Hotel Seaview, Langkawi
8:00 mlm: Makan Malam
9:30 mlm: Majlis Tahlil
Suaikenal 7 Keluarga

20 Nov 2010 (Sabtu)

6:00 pagi: Solat Subuh Berjemaah
7:30 pagi: Senamrobik Generasi Sihat
8:30 pagi: Sarapan Pagi
9:00 pagi: Permainan Sukaneka Generasi
11:00 pagi: Majlis Bergambar Generasi
12:00 tgh: Majlis Jamuan dan Kenduri
5:00 ptg: Acara Bebas
8:30 mlm: Majlis Penyampaian Cenderahati
Minum Malam

21 Nov 2010 (Ahad)

9:00 pagi: Sarapan
10:00 pagi: Sembang Pagi
12:00 tgh: Majlis Bersurai

Saturday, March 13, 2010

Generasi Tok Saleh Sepiah

Selamat datang ke laman sesawang Generasi Tok Saleh Sepiah. Laman ini khas untuk mengumpul kembali semua ahli keluarga Tok Saleh dan Tok Sepiah yang berasal dari Pulau Langkawi, Kedah.